top of page

AR-RAYYAN semakin dikenali

 

Oleh : Siti Nurulhanan Binti Othman@Abdullah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nilai – Kumpulan Ar-Rayyan yang dianggotai oleh enam pelajar USIM semakin dikenali ramai menerusi album nasyid Qasidah Kontemporari  yang pertama diterbitkan di Institusi pengajian tinggi baru-baru ini.

 

Album berkenaan memuatkan enam buah lagu  iaitu Assalamualaikum , Khairul Bariyyah , In Qiila Zurtum , Salamun Kamiskil Khitam , Ya Imam Rusli Dan Bushra Lana.  Bushra Lana merupakan antara lagu yang popular didalam album berkenaan sehingga kumpulan mereka digelar sebagai kumpulan Bushra Lana.Lagu-lagu tersebut menekankan aspek kerohanian dan mendidik jiwa masyarakat .

 

Selepas melancarkan album nasyid Qasidah Kontemporari yang pertama diterbitkan di institusi pengajian tinggi baru-baru ini kumpulan ini semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat.

 

Mereka  bergerak aktif dengan melancarkan dan memperkenalkan Nasyid Qasidah Kontemporari mereka di merata-rata tempat. Sering menerima undangan membuat persembahan ke pelbagai majlis seperti perkahwinan , akikah , program motivasi dan sebagainya.

 

“Melihat penerimaan baik masyarakat kepada nasyid Qasidah Kontemporari ini menjadi pemangkin semangat kepada kami untuk lebih giat berusaha demi membangunkan nasyid ini “ ujar Husaini Hussein, Ketua kumpulan AR-RAYYAN.

bottom of page