Kemeriahan malam Minggu Antarabangsa USIM ‘14
Oleh : Nur Ezzah Binti Masiran
Nilai, 20 Mei – Minggu Antarabangsa USIM ‘14 diadakan pada 20 Mei 2014 bertempat di DKP 4 usim, bermula pada jam 8:00 p.m dan berakhir hampir jam 12:00 a.m. Program ini bertujuan untuk memupuk keharmonian dan kerjasama di kalangan pelajar-pelajar tempatan dan antarabangsa USIM dalam semangat satu ummah tanpa mengira negara dan bangsa asal.
Program ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran YBhg. Prof Dato’ Dr Asma Ismail, Naib Canselor USIM dan seterusnya merasmikan malam Minggu Antarabangsa USIM ’14. Program ini melibatkan bermacam-macam Negara iaitu Libya, Afghanistan, Bangladesh, Nigeria, Indonesia, Singapura, Gambia, Pakistan, Iraq, Sudan dan Malaysia.
Program ini dikenakan bayaran masuk sebanyak RM2 tetapi sangat berbaloi dengan harga yang ditetapkan kerana melalui program seperti ini kita dapat belajar tentang Negara orang lain. Pelbagai gaya dan cara dapat dilihat daripada pelbagai negara yang berbeza, golongan antaerabangsa ini mempunyai keunikan tersendiri iaitu di mana sahaja mereka pergi, mereka akan membawa adat mereka bersama. Ini adalah sesuatu nilai murni yang jarang kita lihat.
YBhg. Prof Dato’ Dr Asma Ismail, Naib Canselor USIM, melahirkan rasa gembira yang tidak terhingga ketika memberi ucapan sebelum merasmikan majlis malamm minggu anatrabangsa USIM ’14 ini.
Program ini meliputi juga beberapa persembahan tradisional dan persembahan multimedia untuk memperkenalkan budaya setiap negara. Ukhuwah sesama Islam dapat dieratkan dengan wujudnya majlis seperti ini.
Sebelum malam minggu antarabangsa USIM ’14 ini diadakan, pelbagai aktiviti telah dijalankan bermula dari tarikh 16 Mei sehinggalah penutupnya pada malam minggu antarabangsa ini. Semoga dengan wujudnya program seperti ini dapatlah sama-sama kita memartabatkan nilai USIM sendiri.