top of page

Minggu Keusahawanan Siswa USIM 2014

 

Oleh : Nur Ezzah Binti Masiran

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

NILAI, 23 Mei – Minggu Keusahawanan Siswa USIM 2014 merupakan anjuran ICEPS10, MGC3012 (Keusahawanan) dan juga Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa USIM (PPKS). Program ini berjalan dengan lancar bermula dari 20 hingga 24 Mei 2014. Pelbagai aktiviti menarik seperti jual-jualan dan program ilmiah.

 

Di antara aktiviti yang dijalankan ialah Forum bertajuk “Jutawan Otomatik” disampaikan oleh Dr.Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali, Halal food: The Making of Sushi disampaikan oleh Pn. Hanim dari OShima Restraunt, belajar teknik Videography dari Adam wakil KRU Studio's, Pelancaran Technoaccount , Bicara Siswi yang bertajuk “Muslim Woman Scholar: understanding of Islam” oleh (MPP, Pelancaran Majlis Perasmian Minggu Keusahawanan Siswa dan Logo iCEPS Ke-10, Teaser Buku "Yang bulat takkan datang menggolek, Yang pipih takkan datang melayang" disampaikan oleh Mohammad Noorizzuddin Nooh, Seminar Pengurusan Wakaf, Zakat dan Faraid , Slot 1: Forum “education on zakat’, Slot 2: Seminar Aplikasi Wakaf dalam Kehidupan Ummah, Slot 3: Seminar Faraid; Jaminan Pengurusan Harta
disampaikan oleh En. Hisham Sabri, Halal Food Innovation Plan Competition,
Pertandingan Catur bestari , Konsert Siratul Mahabbah ,artis ialah daripada Kumpulan InTrackSee
dan ceramah berajuk “Ibrah Isra’ Mi’raj Dalam Cerminan Umat Masa Kini” , penceramah ialah Ustaz Najmuddin b. Abdul Karim.

 

Tujuan utama Minggu Keusahawana Siswa ini adalah untuk mencungkil bakat-bakat berniaga yang ada pada diri pelajar-pelajar USIM, gabungan antara semua fakulti yang ada di USIM. Program seperti ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim diantara pelajar bersama pensyarah. Program ini dapat membantu melahirkan generasi yang berkualiti yang mampu untuk bersaing memajukan diri, agama dan bangsa.

bottom of page