top of page

Bengkel Belajar Bahasa Mandarin  Anjuran Pelajar Tahun Tiga  (FPBU) 

 

Oleh : Farisha Binti Hussin

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nilai- Seramai 50 orang pelajar  Universiti Sains Islam Malaysia mengikuti bengkel   belajar asas bahasa Mandarin  anjuran pelajar tahun 3 Fakulti Pengajian Bahasa Utama pada 18 Mei 2014 bertempat di Bangunan Fakulti Pengajian Alquran dan Assunnah.

 

Bengkel  belajar asas bahasa mandarin yang diadakan selama sehari itu menyaksikan kehadiran pelajar dari pelbagai fakulti yang begitu bersemangat dalam mempelajari bahasa mandarin sebagai bahasa asing.

 

Antara objektif bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar yang ingin mempelajari bahasa mandarin sebagai bahasa asing disamping menarik minat mereka untuk lebih  dalam mempelajari bahasa mandarin.

 

Salah seorang pelajar tahun1 dari fakulti kepimpinan dan pengurusan, Siti Noor Hafizah Binti Abu Nifah, bengkel ini sangat bermanfaat dan wajar diteruskan di masa akan datang memandangkan kita sebagai rakyat Malaysia yang hidup  dengan kepelbagai kaum dan bangsa  haruslah berusaha untuk mempelajari bahasa asing sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan  generasi yang bukan sahaja berilmu tetapi juga mampu berbahasa asing.

 

 

bottom of page