top of page

Kem Bahasa Arab anjuran SMK Jalan 4, Bandar Baru Bangi dengan kerjasama Nadi Thaqofah (USIM)

 

Oleh : Farisha Binti Hussin

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nilai- Nadi Thaqofah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 4, Bandar  Baru Bangi menganjurkan satu kem bahasa arab pada 17 Mei 2014 bertempat di Bangunan Fakulti Pengajian Alquran- Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia.

 

Kem yang berlangsung selama sehari itu menyaksikan seramai 100 orang pelajar dari  Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 4, Bandar Baru Bangi dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga mengikuti kem tersebut dengan khidmat kerjasama oleh fasilitator yang terdiri dari pelajar- pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama Universiti Sains Islam Malaysia.

 

Objektif kem ini diadakan adalah untuk menarik minat pelajar-pelajar khususnya di peringkat sekolah menengah untuk lebih berminat dalam mempelajari bahasa arab sebagai bahasa asing yang mudah dikuasai selain bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama rakan sekolah dan juga di antara pelajar Universiti Sains Islam Malaysia.

 

Menurut Husna binti Abd Halim , pelajar tahun 3 Fakulti Pengajian Bahasa Utama yang juga merupakan fasilitator kem tersebut, menyatakan bahawa kem ini patut diadakan lagi di masa akan datang  kerana melalui kem ini, para pelajar khususnyadi peringkat menengah dapat memupuk minat pelajar dalam mempelajari bahasa arab selain dapat member pendedahan pelajar tentang kaedah dan teknik yang betul untuk menguasai bahasa arab dengan baik.

 

Kem bahasa arab  yang berakhir  pada jam 5 petang tersebut  disempurnakan dengan ucapan perasmian dan penutupan oleh wakil guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 4, Bandar Baru, Bangi iaitu Cikgu Ubaidah Binti Abdul Kadir merangkap guru panitia bahasa arab bagi sekolah tersebut serta bacaan doa yang disampaikan oleh Jabir Bin Abdul Kadir Pelajar tahun 3 Fakulti Pengajian Bahasa Utama (USIM).

 

bottom of page