top of page

Kahwin awal menjadi satu trend kalangan mahasiswa/i universiti

 

Oleh : Siti Badariah Binti Nawi

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kahwin awal merujuk kepada perkahwinan antara lelaki dan perempuan pada usia 18-24. Untuk memudahkan lagi, pasangan yang mendirikan rumahtangga ketika mereka masih lagi belajar. Kahwin awal ini kembali menjadi perbualan di mulut para remaja mahupun ibubapa. Dahulunya fenomena ini adalah perkara biasa kepada datuk atau nenek kita sahaja. Tetapi zaman era globalisasi ini, berapa ramai yang berani menyahut seruan ini?

 

Kahwin awal zaman sekarang semakin terkenal dalam kalangan mahasiswa universiti yang kebanyakannya kawin muda semasa belajar menjadi ikutan dan trend masa kini.  Kawin muda adalah cara untuk mengelakkan dari perkara yang tidak di ingini berlaku. Dalam islam juga menggalakkan kahwin awal bagi menjaga kehormatan seseorang itu.

 

Bila sebut pasal kahwin, semua mahu kahwin. Tiada yang terindah selain perkahwinan. Kenapa? Bila kahwin dengan cara yang halal dan terhormat, sebuah perkahwinan itu akan menjadi syurga yang paling indah. Perkahwinan sesuatu perkara yang digalakkan oleh nabi kita sendiri, nabi Muhammad S.A.W.  Terang-terang nabi mencegah pergaulan antara laki dan perempuan yang menuju kearah jalan zina.

Firman Allah, "Dan kahwinilah orang-orang bujang lelaki & perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari kalangan hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan". (Surah An-Nur : 32)

 

Kahwin awal atau muda banyak kelebihannya , petikan ini di petik dari sebuah blog yang bernama Republic Meow mengatakan kahwin awal dapat mengelakkan zina.Pasangan muda yang masih belajar apabila kahwin muda, mereka akan terlepas dari melakukan maksiat sebab mereka dah mempunyai hubungan yang halal dan sah.Daripada bercouple bertahun-tahun tetap berdosa sebab semasa bercouple macam-macam maksiat boleh berlaku. Dalam islam pun sebenarnya tidak dibenarkan sama sekali bercouple, sebaliknya yang lebih indah iaitu Bercinta Selepas Nikah.

Dapat mengawal nafsu dan elakkan maksiat, sekarang ni terlalu banyak kes anak di luar nikah, kes pembuangan bayi. Ini semua berlaku disebabkan perasaan cinta yang ditambah dengan nafsu dan dengan hasutan syaitan maka terjadilah zina. Sebab tu digalakkan berkahwin ketika belajar pada usia muda, sebab kita selamat dari melakukan perbuatan terkutuk iaitu zina dan selamat daripada melakukan dosa. Apabila dah berkahwin pastinya kita akan menjaga zuriat kita dengan baik dan sempurna.

Batas-batas pergaulan anda terpelihara, memang tak dapat dinafikan pasangan couple selalunya tidak dapat menahan perasaan ingin berjumpa,ingin dating,ingin bersama-sama setiap masa dan waktu. Apabila perkara ini selalu terjadi, secara tidak langsung pasangan ini akan terlibat dengan melakukan perbuatan terlarang iaitu maksiat & zina. Selain itu juga, bila dah berkahwin, dan mempunyai hubungan yang sah remaja sudah berjaya menjaga batas-batas pergaulan.

Bila dah berkahwin pada usia muda, kita sebenarnya sudah boleh dikatakan selamat dari gangguan orang ramai. Sekarang ni kita boleh lihat setiap hari perempuan-perempuan yang cantik akan diganggu oleh lelaki. Perkara ini sering terjadi kepada pelajar IPTA. Dengan berkahwin pada usia muda dan mempunyai suami sebenarnya sudah selamat dari gangguan. Hidup lebih berkat dengan adanya hubungan yang sah.Pastinya hidup anda akan lebih berkat apabila mempunyai ikatan hubungan yang sah iaitu suami dan isteri.

Prestasi cemerlang selepas kahwin,dan mendapat semangat baru untuk belajar, tak dapat dinafikan dah ramai yang berkahwin semasa belajar mereka memperolehi keputusan yang cemerlang dalam pelajaran dan exam. Dengan berkahwin, menjadikan seseorang itu lebih tenang dan matlamat hidup mereka lebih jelas. Mereka lebih fokus dalam bidang pelajaran dan sokongan dari pasangan membuatkan mereka lebih bersemangat.

 

Dapat membuat perancangan keluarga lebih awal,apabila berkahwin pada usia muda pelajar sudah boleh merancang untuk masa depan keluarga anda.Isteri juga akan berasa yakin dan konfiden apabila melahirkan anak pada usia muda.Selain itu,pasangan yang berkahwin pada usia muda sebenarnya beruntung sebab boleh menjaga di usia muda. Kelebihanya apabila umur sudah 30 lbih masa tu anak-anak dah besar.Jadi kita tidak kelam kabut pada usia tersebut.

 

Menjadikan lebih bertanggungjawab, bila dah berkahwin dan mempunyai keluarga.kita pasti akan ubah sikap malas kepada rajin sebab kita bukan lagi hidup dibawah jagaan ibu dan ayah tetapi kita sudah mempunyai tanggungjawab besar untuk jaga keluarga.

Berdasarkan kelebihan tersebut, islam sesuatu agama yang senang dan mudah untuk diikuti. Islam sama sekali mengharamkan pergaulan antara lelaki dan perempuan tanpa tujuan tertentu kerana zina adalah termasuk dalam dosa-dosa besar dan kesannya sangat mendalam kepada pelakunya. Marilah kita sama-sama jauhi zina dan katakan tidak kepada couple dan katakan ya kepada kahwin awal. 

bottom of page