top of page

Parkir beratapkan awan, berlantaikan rumput

 

Oleh : Muhammad Anas Imran Bin Aminordin Sabri

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nilai – Kekurangan kawasan parkir motorsikal yang sedia ada di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) memaksa mahasiswa memarkir kenderaan mereka secara rawak termasuk sepanjang laluan di hadapan foyer FKP. Masalah ini amat mengganggu pengguna laluan berkenaan terutama pada waktu pagi iaitu waktu puncak pembelajaran setiap hari Isnin, Selasa dan Khamis.

 

            Masalah kawasan parkir motorsikal ini juga turut memberi kesan ke atas  pengguna kereta yang sebahagian besarnya kakitangan universiti apabila pengguna motorsikal mula memarkir di kawasan parkir kereta. Mereka terpaksa mencari kawasan parkir yang jauh dari fakulti bagi mengelak dari dikenakan saman.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

           

 

Menurut Mohammad Abdullah, pelajar sarjana muda Kaunseling, dia pernah mengalami masalah enjin motorsikalnya dimasuki air hujan kerana terpaksa parkir di kawasan lapang yang tidak berbumbung.

 

            “Kadang-kadang saya terpaksa bersaing dengan pelajar lain untuk mendapatkan kawasan parkir yang berbumbung untuk mengelak kerosakan yang sama berulang.” Ujar Mohamad.

 

            Menurut Nurul Hanan Othman, pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), dia hampir terjatuh apabila bajunya pernah tersangkut pada pendikit minyak motorsikal yang diparkir sepanjang laluan itu.

 

            “Keadaan ini perlu diubah dan diatasi segera kerana ia boleh mencalar imej universiti di mata pengunjung khususnya dari luar negara. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.” Pesannya dengan tenang.

 

            Isu ini telah dibawa wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ke pihak atasan universiti dan mereka menyatakan tiada dana khusus untuk pembinaan kawasan parkir yang baru. Kawasan parkir yang sedia ada telah dibina dengan menggunakan peruntukan fakulti ekoran permintaan MPP sesi yang lepas.

bottom of page