USIM mendalami Hudud
Oleh : Muhammad Anas Imran Bin Aminordin Sabri
USIM- 21 Mei- Sekreteriat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) UniversitiSains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan sebuah diskusi ilmiah yang bertajuk,” Indahnya Negara Bersyariat” sempena minggu Karnival Dakwah. Ceramah ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar USIM khususnya, tentang isu-isu semasa dalam negara serta memahami Hudud dari dimensi yang berbeza.
Ceramah disampaikan oleh Habib Rizieq Ahmad Shihab yang berasal dari Indonesia. Terdapat maklumat-maklumat berguna kepada umat islam, antaranya Hukum islam amat sesuai dilakukan dalam negara. Banyak kelebihan jika negara kita berlandaskan syariat kerana pada zaman khalifah mereka berlandaskan agama dalam setiap perkara dalam kehidupan mereka.
Menurut penceramah,”menyedari hakikat keindahan hidup mestilah bertunjangkan agama, maka pihak kerajaan negeri sekarang sedar dan bersungguh-sungguh menghidupkan syi’ar dan syariah dalam kehidupan, memperteguhkan nilai-nilai modal Insan agar kehidupan dipenuhi dengan nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi dan unggul,”kata beliau.
Ceramah bermula pada pukul 8.30 malam dan pendaftaran dibuka kepada penonton pada pukul 8 malam. Ramai mahasiswa dan siswi hadir ke ceramh tersebut dan beberapa pengunjung luar turut hadir memeriahkan majlis tersebut.