top of page

Koperasi mini Kolej Kediaman Sutera Indah kini dibuka

 

Oleh : Nur Ezzah Binti Masiran

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nilai, 19 April – Pada 25 November 2013, koperasi mini Kolej Kediaman Sutera Indah mula beroperasi. Pada mulanya, koperasi ini dijaga oleh Jaksa yang bertugas, akan tetapi kerana masa yang begitu padat, koperasi ini dibuka dari jam 9:00 a.m hingga 11:00 p.m untuk hari isnin-ahad, manakala pada hari minggu, ada masa yang tertentu sahaja koperasi ini dibuka.

 

Koperasi mini ini menjual pelbagai jenis barang dari segi bentuk makanan, barang kecantikan, kerongsang, minyak wangi, tudung dan bermacam-macam lagi. Harga yang ditetapkan untuk setiap barang yang dijual juga amat berpatutan dan bersesuaian dengan gaya hidup pelajar.

 

Lokasi koperai mini KKSI ini terletak di bahagian bawah di rumah bernombor B0-6 bersebelahan dengan bilik mesyuarat KKSI dan begitu hamper dengan mesin menjual air tin. Wujudnya kopersi ini dapat memudahkan penghuni KKSI untuk mencari barang tambahan tanpa perlu keluar jauh semata-mata untuk membeli barang tersebut.

 

Selain itu, tertubuhnya koperasi mini ini dapat member keuntungan kepada pihak KKSI disamping membantu pelajar untuk berniaga secar kecil-kecilan, mula-mula kecil, mugkin satu hari nanti menjadi gedung membeli belah yang besar. Ini tidak mustahil.

 

Koperasi mini KKSI mengenakan sewa sebanyak RM4 sebulan kepada para pelajar yang ingin meletakkan barang di dalam koperasi mini KKSI untuk dijual. Kotak-kotak telah disediakan untuk para peniaga meletakkan barang-barang jualan mereka ditempat yang telah disediakan. Dengan cara ini juga, dapat mengurangkan aktiviti pelajar yang suka meletakkan barang jualan di tepi koridor tangga.

kksi...

kksi...

kksi6....

kksi6....

kksi5....

kksi5....

kksi4....

kksi4....

kksi7....

kksi7....

kksi2....

kksi2....

kksi1....

kksi1....

bottom of page