SUKARELAWAN USIM DI BAWA KHAS BAGI MENGUJI KEMAMPUAN SEBENAR FASILITI DI KLIA2
Oleh : Farhana Binti Jusoh
KUALA LUMPUR : Seramai 80 orang sukarelawan dari Sekreatariat Kesukarelawanan Mahasiswa (SKM) Universiti Sains Islam Malaysia diberi peluang untuk menguji kemampuan sebenar kualiti kemudahan itu setimpal dengan nilai wang yang dilaburkan kerana KLIA2 akan menjadi sebahagian daripada KLIA yang sedia ada iaitu pintu masuk utama Negara.
Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA2 bertujuan untuk menggantikan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) yang kini beroperasi melebihi tahap maksimumnya.
Bagi memastikan pembinaan KLIA2 sentiasa terjamin Sukarelawan USIM menjadi sebagai penumpang dengan 700,000 bagasi terlibat dalam operasi menguji system simulasi Operasi dan Pemindahan Lapangan Terbang (ORAT) ini supaya kemudahan disediakan benar-benar berkualiti agar dapat menampung jumlah pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 serta tidak menjejaskan imej negara.
Salah seorang ahli sukarelawan, Farisha Hussin berkata, “bahawa penilaian ORAT ini memberi tumpuan kepada aspek keselamatan seperti laluan teksi, apron, landasan dan kawasan sekitarnya serta bangunan terminal dan aktiviti lain yang turut dilaksanakan adalah menguji dalam pentauliahan system pengendalian bagasi yang membabitkan 30,000 beg bagi ujian bebanan dalam tempoh percubaan.
Proses pembinaan Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) yang bakal menggantikan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dijangka siap sepenuhnya pada 30 April 2014 dan akan dibuka kepada umum pada 2 Mei tahun depan.