top of page

‘’FAMILY DAY ‘’ JALINKAN UKHUWAH 

Oleh : Farhana Binti Jusoh

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pelajar dari  Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) bergambar kenangan semasa mengadakan program ‘’Family Day’’ di Pantai Sarjana,Port Dickson,Negeri Sembilan.

 

 

Usim – Seramai  80 orang pelajar  tahun 3 dari Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) meraikan ‘’Family Day”  sempena cuti hari wesak pada 13 Mei di Pantai Saujana,Port Dickson.Program yang julung kali diadakan ini mendapat sambutan yang meriah daripada pelajar  hasil kerjasama Pihak Fakulti.

 

Penyelaras program, Muhammad Mursyid berkata, selain memanfaatkan masa cuti , program ini diadakan dengan tujuan mengeratkan hubungan silaturahim sesama rakan sekuliah disamping melakukan aktiviti – aktiviti diluar kampus.

 

Menurut beliau antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program sehari itu ialah mencari gula-gula dalam tepung,sambut belon dan permainan ulat bulu.Aktiviti ini menyemaikan semangat kesukanan diantara kumpulan-kumpulan yang dibahagikan oleh pihak urusetia program. Semangat berpasukan diyakini tercapai apabila kesemua kumpulan memberi kerjasama dan saingan terbaik.

 

Turut hadir dalam program tersebut ialah Penolong pendaftar (FPBU) Encik Shahrul Hafifi Muhammad Fuad. Beliau berkata Pihak pengurusan sendiri berpuas hati dengan aktiviti sepanjang program dan berharap program sebegini dapat diteruskan di masa hadapan . Program ini berakhir dengan sesi penutup dan penyampaian cenderamata kepada pemenang daripada pihak penganjur program.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

bottom of page