top of page

Boling pengerat ukhuwah 

 

Oleh : Muhammad Anas Imran Bin Aminordin Sabri

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

   

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Biro Sukan Dan Rekreasi Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) telah berjaya menganjurkan Kejohanan Mahabbah Bowling Perdana. Program ini dipuji ramai pihak kerana dengan adanya program seperti ini dapat mendekatkan pelajar dengan staff serta pensyarah fakulti itu sendiri.

 

   Kejohanan Mahabbah Bowling Perdana anjuran Biro Sukan Dan Rekreasi fakulti tersebut dipuji ramai pihak kerana dengan adanya program seperti ini dapat mendekatkan pelajar dengan staff serta pensyarah fakulti itu sendiri.

 

    Kejohanan Mahabbah Bowling Perdana ini berlangsung selama tiga jam bertempat di Kompleks Sukan Airport,Nilai. Kejohanan itu disertai oleh lapan pasukan dan dibahagikan kepada kumpulan mengikut tahun pelajar, staff serta pensyarah.

 

    Kejohanan itu disertai oleh satu pasukan daripada pelajar tahun satu, dua pasukan daripada pelajar tahun dua, dua pasukan juga daripada pelajar-pelajar tahun tiga, dan staff serta pensyarah masing-masing menghantar satu pasukan .Keputusan kejohanan tersebut memihak kepada pelajar tahun tiga dengan mendapat tempat pertama kejohanan dengan mengumpulkan jatuhan pin sebanyak 932 .

 

     Manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing dibolot oleh pelajar tahun satu fakulti tersebut. Masing-masing membuat jatuhan pin sebanyak 875 dan740. Antara hadiah menarik sepanjang kejohanan adalah anugerah pemain terbaik kejohanan.

 

Nilai : Satu kejohanan anjuran Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) yang dinamakan Mahabbah Bowling Perdana baru-baru ini telah berjaya mencetuskan kerjasama antara staff,pensyarah dan pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia. Kejohanan yang julung kali dianjurkan ini telah melibatkan penyertaan daripada staff,pensyarah dan pelajar fakulti itu dan telah memberi impak besar dalam jalinan kerjasama antara mereka. 

 

bottom of page