top of page

USIM RANGKUL 3 EMAS 1 PERAK DI PUTRAJAYA.

 

Oleh : Siti Salwa Binti Zamri

 

 

Kuala Lumpur, 9 Mei – Sekalung tahniah kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) apabila keempat-empat penyertaannya berjaya membawa pulang 3 emas dan 1 perak di Pameran Rekacipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa, ITEX 2014 yang berlangsung selama 3 hari bermula 8 hingga 10 Mei 2014 bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).  

 

Para penyelidik USIM adalah pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi (FST) iaitu Dr. Norita Md. Nawawi yang mendapat emas bagi produk iTAG V1.0, Dr. Madihah Mohd Saudi yang mendapat emas bagi produk tunggalnya eZCERT manakala Dr. Mohd Fadzli Marhusin mendapat perak  bagi produk iLegacy yang masing-masing menang bagi kategori Multimedia dan ICT. Turut mendapat emas adalah Dr. Abdul Rahman Hassan bagi ciptaan Novel Narrow Pore Active-Ultrafiltration (NPA-UF) Membranes bagi kategori Biotechnology, Health and Fitness.

 

 ITEX 2014 juga mempertandingkan 23 kategori dan 2 kategori untuk peserta 20 tahun ke bawah. Matlamatnya adalah bertujuan bagi meningkatkan inisiatif dan daya saing  serta memberi peluang kepada peserta tempatan dan antarabangsa mempamerkan hasil inovasi dan teknologi dari pelbagai sektor, kumpulan pakar dari bidang penyelidikan dan pembangunan, pembuatan, pembiayaan dan undang-undang. 

 

 

“Penganjuran ITEX 2014 kali ini adalah bertepatan dengan hasrat Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk menggiatkan usaha membangunkan aktiviti pengkormesialan dan program-program inovasi,” ucap YB. Datuk Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam ucapan perasmiannya.

Sebanyak 40 institut pengajian tinggi(IPTA), agensi kerajaan dan antarabangsa  menyertai ITEX 2014 yang turut menghimpunkan pelbagai ciptaan inovasi dari dalam dan luar negara termasuk Filipina,Taiwan dan juga Indonesia.

bottom of page