Lawatan Antarabangsa FPBU tahun 3
Oleh : Muhammad Anas Imran Bin Aminordin Sabri
Krabi : Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berjaya mehantar satu kumpulan pelajar tahun 3 mewakili Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) ke Krabi, Thailand sempena Lawatan Antarabangsa baru-baru ini. Mereka merupakan antara kumpulan pelajar pertama yang berjaya melepasi untuk menjalani Lawatan Antarabangsa peringkat Fakulti dengan membawa misi dan visi USIM ke peringkat antarabangsa.
Menurut Syafiq Aziz, 22, selaku Pengarah Lawatan Antarabangsa ke Krabi, beliau melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana berjaya mengadakan program yang hanya dirancang hampir 1 tahun berjaya dilaksanakan walaupun pelbagai rintangan yang dihadapi oleh ahli kumpulannya.
Tambah beliau lagi, “berkata usaha yang gigih dan sifat yang tidak pernah mengenal erti putus asa ahli kumpulannya untuk mencari sumbangan dan dana program tersebut merupakan antara faktor utama lawatan ini berjaya.”
Manakala, Hidayah, 22, selaku Timbalan Pengarah lawatan tersebut memberitahu antara objektif mereka ke Krabi, Thailand adalah untuk melihat sendiri budaya dan adat masyarakat disana serta saling membina jalinan persaudaraan yang utuh bersama masyarakat disana. Di samping itu juga, demi memperkenalkan USIM kepada institusi pengajian yang berada disana.
Menurut Nadilah, 22, peserta program tersebut, menyeru kepada rakan mahasiswa yang lain agar terus berusaha dan mencari ruang dan peluang untuk mengembara ke negara orang. Ini kerana nilai tambah kepada kita selaku mahasiswa untuk mengenali budaya dan adat masyarakat di luar sana untuk difahami dan dikongsikan bersama rakan- rakan yang lain seterusnya masyarakat setempat.
Lawatan Antarabangsa tersebut mengambil masa selama 6 hari. Antaran tempat menarik yang dilawati ialah Pulau Phi Phi, Pasar Terapung, Pulau Krabi dan juga University Princess of Songkla. Selain itu juga, mereka ke Station Television Broadcasting untuk mengetahui tentang penyiaran TV di Thailand secara keseluruhannya. Program tersebut Berjaya memberi impak yang besar kepada Fakulti dan juga merupakan sumber inspirasi kepada rakan- rakan mereka yang lain untuk Lawatan Antarabangsa ke tempat- tempat lain.