Kolej kediaman luar USIM tiada wifi percuma.
Oleh : Siti Badariah Binti Nawi
Nilai – rata-ratanya kebanyakan pelajar Usim terpaksa berulang alik dari kolej kediaman untuk ke kampus bagi mendapatkan wifi percuma demi untuk menyiapkan assignment yang terpaksa memerlukan internet untuk mencari maklumat. Kebanyakan kolej kediaman luar Usim tidak mempunyai wifi. Ini sangat membebankan para pelajar yang hanya bergantung seratus peratus terhadap wifi Usim yang percuma.
Kebiasaannya kolej kediaman luar usim iaitu Acacia Avenue, Desa Jati, Sutera Indah dan Nilam Court tidak mempunyai wifi yang percuma. Kebanyakan pelajar menggunakan broadband atau berkongsi dengan kawan yang lain untuk mendapatkn internet, ini sangat merisaukan pelajar yang ada terpaksa bermalam dikampus bagi menyiapkan tugasan yang diberikan. Faktor keselamatan pelajar sangat penting kerana pada waktu malam ,keadaan dikampus di Usim sangat sunyi dan gelap.
Baru-baru ini , telah berlaku satu rompakan dekat atm pkp (pusat keusahawan pelajar) dalam sekitar pukul 11. Disebabkan itu lah para pelajar dilarang sama sekali berada ditempat yang gelap dan keseorangan, walaupun hanya untuk mendapatkan wifi percuma. Carilah tempat yang selamat dan menjadi tumpuan ramai agar keselamatan terjamin.
Berdasarkan pengalaman seorang pelajar Nur Ezzah binti Masiran, pelajar tahun 3 fakulti pengajian bahasa utama memberitahu bahawa pusat komersial menjadi tumpuan pelajar yang ingin mendapatkan wifi percuma kerana keadaannya dengan wifi yang laju dan tempat yang selesa serta menjadi tumpuan pelajar Usim untuk mendapatkan wifi percuma.
Faktor kewangan juga menjadi satu masalah bagi pelajar Usim yang tidak mampu membeli broadband atau internet berbayar disebabkan duit pinjaman yang tidak mencukupi selain untuk keperluan sendiri dan juga membayar yuran pengajian . Masalah ini telah diajukan kepada majlis perwakilan pelajar bagi mendapatkan wifi percuma disetiap kolej kediaman luar usim bagi memudahkan para pelajar. Tetapi masih menjadi tanda tanya bilakah masalah ini akan selesai?