Talk Fiqh Wasatiyyah Penyatuan Ummah menjadi tarikan pelajar
Oleh : Siti Badariah Binti Nawi.
Nilai – Spmm ( Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia USIM) dengan kerjasama Usim julung kali nya telah berjaya mengadakan satu talk fiqh wasatiyyah penyatuan ummah pada 21 april 2014, bertempat di dewan kuliah fakulti 1.2 fkp (fakulti kepimpinan dan pengurusan) pada jam 8.30 malam.
Talk ini menjadi tarikan pelajar Usim kerana program ini julung kali nya diadakan di Usim disebabkan pendekatannya tentang fiqh yang menjadi satu topik yang menarik untuk dikupaskan. Talk ini disampaikan oleh penceramah yang tidak asing lagi dengan Usim dan terkenal dengan bidang fiqh iaitu Ustaz Fawwaz bin Dato Hj Fadzil Noor. Talk ini dikendalikan oleh moderator Azim Ismail, pelajar Usim.
Penerangan dan kupasan yang sangat jelas yang disampaikan oleh penceramah jemputan tentang manhaj wasatiyah diperlukan bagi membentuk pendekatan yang ideal, sesuai serta harmoni dalam mengetengahkan ilmu akidah. Ia penting supaya ilmu akidah benar-benar menjadi sumber kekuatan dan perpaduan umat Islam seperti pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat r.hum, serta bukan menjadi punca kelemahan dan perpecahan dalam kalangan umat Islam.
Penceramah juga memberitahu dalam konteks ini disyorkan beberapa pendekatan yang berpaksikan prinsip – prinsip wasatiyah iaitu tidak terlalu rigid (ifrath) dan tidak terlalu longgar (tafrith) serta mengutamakan apa yang lebih utama. Talk ini berjalan dengan lancar tanpa ganguan teknikal dan sebagainya. Sambutan dikalangan pelajar usim sangat memberangsankan dari mahasiswa mahupun mahasiswi yang dahaga ilmu akhirat, program sebegini sangat dinantikan oleh semua pelajar yang ingin menambahkan ilmu pengetahuan.