top of page

USIM CAKNA GOLONGAN OKU

 

Oleh : Farhana Binti Jusoh

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

NILAI - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengorak langkah dengan mengambil inisiatif dalam menjayakan Seminar Braille & Bahasa Isyarat . Seminar ini dikendalikan oleh Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) yang bertempat di Dewan Kuliah Utama (DKU) , FPQS.

 

Seminar ini diadakan pada 26 April 2014 dengan mensasarkan kepada semua pelajar USIM . Seramai 110 orang peserta menyertai seminar ini. Objektif utama sepanjang seminar ini berlangsung adalah untuk mendedahkan bakal pendidik dengan persekitaran sebenar alam perguruan yang menjurus kepada pendidikan bermasalah penglihatan. Dalam seminar ini juga, aktiviti simulasi diberikan agar bakal pendidik dapat merasai situasi sebagai seorang yang bermasalah.Tambahan  itu, seminar ini dilaksanakan adalah untuk menyedari dan mengaplikasikan peraturan-peraturan bersopan apabila bertemu dengan individu yang bermasalah penglihatan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Para peserta diperkenalkan dengan perkara asas braille seperti sejarah braille, cara mengendali kertas dan mesin braille serta lain-lain perkara asas. Kemudian barulah mereka diperkenalkan dengan asas huruf braille dalam bahasa melayu, inggeris dan jawi.Tambahan itu para peserta  secara tidak langsung diajar bahasa isyarat.

 

Salah seorang peserta Nur Fathiyah dari Fakulti Quran dengan Multimedia berkata , seminar yang dianjurkan ini memberi impak yang positif dalam menggerakan penyelidikan yang berkonsepkan Quran Braille dan Bahasa isyarat ini,Saya amat seronok dan teruja mempelajari kaedah ini dan menghafal  dan mengingat kod braille.

 

 

 

 

 

 

 

bottom of page