top of page

USIM lancarkan Album Melayu Asli

 

Oleh : Siti Nurulhanan Binti Othman@Abdullah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nilai : Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM)  buat pertama kalinya melancarkan Album Melayu Asli  melalui  Hal Ehwal Pelajar ( HEP ) dibawah Unit Kebudayaan USIM.Album itu bertajuk Lagu Melayu Asli dan Kelestarian Warisan USIM . Tujuan pelancaran album untuk menjaga dan mengekalkan warisan dan seni budaya melayu menerusi lagu-lagu asli.

 

Album berkenaan memuatkan 15 buah lagu asli  termasuk 12 buah lagu yang pernah dipopularkan semasa berlangsungnya teater bangsawan  seperti Embun Menitik , Seri Mersing , Seri Siantan dan Damak. lagu-lagu tersebut  pernah didendangkan oleh penyanyi-penyanyi melayu asli ketika dahulu seperti R, Ismail ,Aspalela Abdullah dan Raftah Bachik. 

 

Lirik di dalam album berkenaan juga dikarang oleh pelajar dan alumni USIM iaitu Abdul Hadi Md.Akhair , Ummi Hajar Muslim , Siti Salimah Salamun , Siti Walida Parson , Mohd Helmi Jefri , Ahmad Faiz Ab Aziz dan Muhammad Shukri Sahari.

 

Turut hadir melancarkan album berkenaan ialah Naib Canselor Usim , Prof Datuk Dr.Asma Ismail . Menurut beliau , usaha mengangkat kesenian bangsa Melayu bukan bermakna mengabaikan kesenian kaum lain tetapi ianya dapat merapatkan perpaduan antara masyarakat supaya lebih mengenali budaya Melayu dengan lebih erat.

bottom of page