top of page

Unit Kebudayaan USIM anjur Bengkel Penyedian Modul Seni Budaya 

 

Oleh : Siti Nurulhanan Binti Othman@Abdullah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Antara tenaga pengajar yang dilantik secara rasmi untuk melatih Urusetia Kesenian Pelajar USIM.

( PHOTO : PORTAL USIM )

 

 

Nilai , 16 Feb 2014 – Unit Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM) menganjurkan Bengkel Penyediaan Modul Seni Budaya kepada Urusetia Kesenian Pelajar USIM selama dua hari bermula 15 dan 16 Februari.

 

Bengkel ini julung kali diadakan untuk menyelaras dan menambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran Urus Setia Kesenian Pelajar USIM. Disamping itu juga , dalam memperkasakan kualiti pembelajaran dan pengajaran setiap genre kesenian terpilih seperti Dikir Barat , Teater Muzik , Tarian Tradisi , Nasyid ,Qasidah dan Taranum, Penulisan Kreatif , Cak Lempong , Pengurusan Acara , Koir , Perkusi , Seni Khat dan Seni Lukis. 

 

Bengkel ini melibatkan 13 buah kumpulan kesenian yang dikelolakan sepenuhnya oleh Unit Kebudayaan Hal Ehwal Pelajar USIM.Seramai 13 orang tenaga pengajar hadir dalam memberi tunjuk ajar sepanjang bengkel itu diadakan.

 

Dalam masa yang sama, 13 orang tenaga pelajar berkenaan menerima surat pelantikan secara rasmi yang telah ditandatangani oleh YBHG.Profesor Dato DR. Mohamed Asin Dollah , Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar dan Alumni  USIM) untuk melatih kesemua Urusetia Kesenian Pelajar genre kesenian yang berbeza.

 

Majlis Perasmian Penutup Bengkel Modul Seni Budaya disempurnakan oleh Encik Nasrul Hakim Ahmad , Ketua Bahagian HEP USIM dan menerima Buku Modul Seni Budaya  daripada Encik Ismail Ahmed yang merangkap Ketua Unit Kebudayaan HEP USIM.

bottom of page