Rahsia sebuah senyuman.
Oleh : Nur Ezzah Binti Masiran
Masalah, pasti semua orang memiliki masalah bergantung dari mereka apa masalah yang sedang mereka hadapi. Berbagai masalah yang mereka hadapi tentu sahaja membuat mereka menjadi stress dan salah satu cara untuk menghindari masalah tersebut adalah tersenyum kerana dengan seni sebuah senyuman akan membantu kita menghadapi semua masalah yang dihadapi.
Pada kebiasaannya, senyum adalah ungkapan rasa senang atau bahagia yang wujud dalam diri seseorang kerana sesuatu perkara yang telah terjadi. Senyum apabila ada perkara yang lucu , unik atau berlaku hal yang membuat seseorang tertarik dan senang hati dengan hal tersebut. Seseorang akan susah untuk senyum jika dalam situasi tertekan, susah, menghidapi rasa sakit yang kritikal dan berasa tidak mempercayai diri. Erti sebuah senyuman merupakan salah satu sebab manusia boleh memiliki makna dalam kehidupannya. Sesuatu perkara boleh dirungkai dengan senyum apabila kita mengerti erti dari senyuman.
Senyum merupakan salah satu eksperesi kebahagiaan kerana senyuman itu asli, bukan buatan, maka didalamnya mesti menyimpan energy positif yang bukan hanya baik pada pihak anda tetapi juga berkaitan dengan orang lain yang melihat senyuman itu. Tambahan pula, senyum juga boleh membangkitkan energi bawah sedar sehingga orang yang tersenyum akan menerima dunia dengan lebih terang dan jelas.
Kadangkala senyum juga akan membuat orang lain yang melihat juga tersenyum dan akan merasakan aura kebahagiaan yang wujud dari dalam diri kita. Seperti mana yang kita ketahui, ada senyuman asli dan senyuman palsu dan kedua-duanya dibezakan oleh jalur saraf yang terpisah. Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.
Seperti mana yang kita ketahui, senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melalui system saraf otak dan juga hormone-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Perkara ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekana darah yang tinggi ke otak.
Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan. Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).
Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.
Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru. Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah. Senyum memang unik dimata orang lain, sehingga orang lain ingin mengetahui bagaimana makna senyum. Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. Sebuah senyuman, sekali dilakukan tidak memerlukan tenaga yang banyak, tidak perlu mengeluarkan modal tetapi hanya dengan sebuah ketulusan yang hakiki akan tercipta senyuman yang indah.
Kesimpulannya, senyuman itu akan menimbulkan kesan positif di dalam kehidupan kita. Kerana senyuman akan menimbulkan kebahagiaan dan akan membuat semangat hadir untuk menjalani hari walaupun sangat berat tetapi dengan senyuman akan terasa lebih enteng. Dan juga tidak menjadi kesalahan apabila menghadiahkan senyuman kepada orang lain walaupun Cuma sekali. Berikanla senyuman kepada orang disekeliling kita, maka kehidupan anda akan terasa lebih bahagia.