top of page

Sejarah baru futsal USIM 

 

Oleh :Muhammad Anas Imran Bin Aminordin Sabri

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pasukan futsal USIM menepati ramalan apabila mereka memperolehi tempat keempat dalam Kejohanan Futsal IPT 2014 zon selatan yang bertempat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. Sasaran mereka ke peringkat separuh akhir akhirnya membuahkan hasih setelah menewaskan pasukan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dalam saingan suku akhir.

 

       Prestasi pasukan yang dibimbing jurulatih Ezdee dan jurulatih Hamdi kelihatan kembali menyinar setelah pasukan mereka menempa nama dalam kelompok empat terbaik dalam kalangan 16 pasukan yang bertanding. Pasukan futsal yang memecah rekod memperoleh tempat keempat pada siri sirkut tahun lalu di Sabah kembali memperkemaskan pasukan dengan rekod baru untuk USIM bagi tahun 2014.

 

        Kejayaan yang diperolehi mereka dipuji jurulatih kerana menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam menghadapi cabaran sirkit zon selatan yang digelar zon maut. Dalam temu bual bersama jurulatih pasukan USIM, beliau menyifatkan sebagai kejayaan memperoleh tempat keempat dalam kejohanan besar seperti ini merupakan langkah awal pasukan ini untuk mengecapi kejayaan yang lebih besar lagi.

 

       Pasukan ini bakal menyertai kejohanan Liga Futsal IPT zon sabah, serta zon tengah yang bertempat di USIM sendiri , ujar jurulatih Ezdee.Liga Futsal IPT sirkut zon selatan merupakan siri kejohanan yang menampilkan pasukan-pasukan hebat yang turun bertanding seperti pasukan UiTM, Kolej Komuniti Selangor dan sebagainya. Laluan yang sukar dalam setiap kumpulan menyaksikan pasukan futsal usim diundi bersama pasukan tuan rumah , UTM, pasukan Politeknik Selangor dan pasukan Inti Kolej. Kejohanan tersebut berlangsung selama 4 hari bermula hari khamis sehingga hari ahad.

 

bottom of page